Thursday, March 27, 2008

Farzem Farm - Penternakan Kambing



Bermula daripada keinginan untuk membersihkan kawasan kampung yang terbiar, lahirlah ilham untuk memulakan projek ternakan kambing secara komersial untuk manfaatkan kawasan tanah sawah terbiar milik keluarga di Kg. Panglang, Seri Menanti Negeri Sembilan.

Projek ini bermula dengan pembinaan kandang seluas 15" x 20" dengan ternakan kambing Anglo Nubian sebanyak 11 ekor ( 1 Jantan 10 betina).

Berkat kesabaran dan juga sokongan yang diberikan oleh rakan kongsi Mohd Aidil Othman serta keluarga terutama isteri yang tercinta. Kandang kambing baru berukuran 40" X 60" dibina untuk menampung jumlah kambing yang bertambah. Kami juga telah membangunkan kawasan seluas 8 ekar untuk tanaman rumput napier dan juga kawasan ragutan untuk kambing.

Kini kami memiliki ternakan sebanyak 100 ekor berbagai jenis kambing yang terdiri daripada kambing beor, jamnapari, Anglo Nubian, Biri-biri barbados, biri-biri long tail,Farel dan juga kambing katjang.

Kami juga berterima kasih kepada JPH Kuala Pilah terutama kepada En. Kamarul Zaman, En. Zainal Ariffin dan lain-lain yang banyak membantu semasa kami menjalankan projek ini.

No comments: