Minggu lepas sebanyak 3 ekor kambing aku tumbang kerana serangan penyakit misteri. Paru-paru lebam dan hati hancur. Aku meminta bantuan Abang Din ( Sifu Kandang Pulau Meranti, Puchong) untuk menolong menyelesaikan masalah yang melanda. Ucapan ribuan terima kasih kepada abang din yang sudi menurunkan ilmunya untuk dikongsikan bersama.
Kami masih tercari-cari punca penyakit ini, kemungkinan besar kambing termakan racun atau daun-daun beracun yang tumbuh dikawasan ragutan.